24 Disember 2010

RAE 2010-4

RAE terakhir untuk tahun ni telah berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu pada 22 Disember yang lalu. Seramai 617 calon telah menghadiri RAE kali.

Memandangkan pada hari kejadian aku duk sibuk membersihkan base 'baru' di Marang tak sempat la aku berkonvoi bersama rakan, namun sempat juga la berjumpa rakan-rakan di lokasi kejadian pada QTR 2.10 ptg. Rakan baru yang sempat berkenalan di daratan, 9W2DMM (Abg Fendi-pengawas RAE) 9W2KMO (Pak Komo - sekapal rupanya), 9W2AJO, 9W2ZFI, Kak Niza dan ramai lagi rakan dari HRC Dang gak sambar 1 handy lagi..huhuhu...

Apa-apa pun semoga berjaya kepada semua rakan SWL yang menduduki RAE kali ini...

05 Disember 2010

TT bersama 9W2ANN

Lama jugak tak update blog ni.. mungkin sebab kesibukan urusan cangkulan atau mungkin tiada mood untuk update. Yang pasti sejak aku potong streamyx jarang-jarang skali nak online kecuali di saltmine. Sekarang pun cuti sekolah, tp aku masih mempunyai tugas iaitu mengawas peperiksaan SPM di SMK Sultan Ismail, Kemaman.

Kebetulan Harmonic aku ni kena hadiri temuduga di SM Sains Dungun pada 25 November, so harmonic aku ikut aku ke Kemaman sejak 22/11. Dan abang ipar aku juga meninggal akibat strok pada 25/11. Jadi selepas interview aku terus bermobile ke Marang dan balik semula ke base pada malamnya. Sempat la juga mencapai PTT menyahut panggilan rakan 9W2KMO, 9W2NWA, 9W2DMM dan beberapa rakan lain di Paka.

Kebetulan juga ada break sikit mulai 3 Disember hingga 7 Disember, sempat la hantar harmonic ke base OTM. Ketika bermobile sempat berQSO bersama 9W2ANN yang juga sedang bermobile balik ke Merang dari Kuantan. Sampai di depan SM Teknik Dungun, Pak Nuar sedia menunggu dan kami TT di sebuah restoran nasi kerabu di depan SM Teknik Dungun.

Mungkin akan datang aku akan cuba singgah di Kedai Makan milik Pan Nuar di Merang memandangkan lokasinya merupakan laluan utama aku juga berdekatan dengan Bengkel kereta milik saudara XYL aku di Merang.

04 September 2010

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya

Saya, Suhaimi bin Mohamad (suhaimimd: 9W2CGM) seisi keluarga mengucapkan selamat berpuasa, selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang, insyaAllah. Juga, maaf dipinta kepada semua yang mengenali diri ini dan keluarga andai ada salah dan silap.

13 Ogos 2010

Hari rumah api

Dalam banyak2 hari, ahad hingga sabtu, hari rumah api aku tak pernah dengar sehinggalah hari ini semasa aku monitor di frequensi PERAMAH kuantan. Bila aku tanya pakcik google ruphernya hari rumah api ni dah lama wujud. Mungkin ramai antara kita yang tak tahu rumah api pun ada harinya... mungkin pada hari itu sahaja apinya tak menyala... hari lain semua menyala....hahaha...

Sebenarnya bukan begitu la tuan puan, hari rumah api merupakan hari terbuka rumah api di mana rumah api ni akan di buka kepada org ramai untuk lihat dan masuk ke rumah api. Tp bukan semua rumah api ada hari rumah api,

Ni aku dapat daripada blog LonelyPlanet:

"The State of Maine, the U.S. Coast Guard, and the American Lighthouse Foundation have again banded together to organize the second annual Maine Lighthouse Day. This year 25 of Maine's wonderful lighthouses will be open for visits by the public, including some that are not normally open for public viewing.

You'll have to transport yourself to the lighthouses, but once there you'll have a rare opportunity to view these navigational wonders, up close and personal!"

Aku pun tak QSL la bila tarikh sebenar hari rumah api Kuantan ni, cuma seingatnya 21-22 hb. Bulan berapa tak QSL. Kalu nak join dan nak info lanjut bh hubungi rakan2 ham di PERAMAH. Dengar khabarnya warga Jepun juga akan hadir ke rumah api di Kuantan.

10 Ogos 2010

Pertandingan Roket, Field Day PEMANCAR, GDrift Merdeka Challenge, dan JOTA Asia Pasifik



6 dan 7 Ogos 2010, aku berkunjung ke Kuala Terengganu untuk menghantar pelajar ke Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Negeri Terengganu di SMK Bukit Besar.


Sambil2 tu sempat la merayau-rayau di perkarangan stadium runtuh untuk menyaksikan Ganu Drift Merdeka Challenge 2010. Kalu minat nak main drift boleh kontek Pok Ya 9W2KYA.


Pastu aku merayau-rayau pulak kat Teluk Ketapang, member2 PEMANCAR duk sibuk setting stesen radio sempena Jamboree on The Air (JOTA) Asia Pasifik dan juga Field Day PEMANCAR

31 Julai 2010

Semakan Keputusan RAE Siri Ke-2 2010

Semakan keputusan peperiksaan Radio Amatur kali ke-2 2010 boleh disemak melalui laman web SKMM/MCMC seperti berikut:

http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_2.asp

Tahniah kepada semua calon yang berjaya, bagi yang tidak berjaya jangan putus asa. Cuba lagi di masa akan datang.

22 Julai 2010

Trip menduga laut kuala kemaman

20/07/2010 Selasa merupakan hari cuti umum bagi negeri Terengganu yang ku cintai... siapa sangka, 2 hari sebelum itu Pak Bahaman bekas pengawal keselamatan SMK Cheneh Baru bertandang ke rumah mengajak turun ke laut. Aku sambut pelawaan dengan sepenuh hati sebuah lori. Adusss... lama doh dok turun ke laut. Banyak trip yang dirancang tak menjadi sebab dop cukup "kaki".

Kami bertolak dari base ke Kuala Kemaman kira2 jam 11 malam dengan sebuah jalopy dan 4 station. Setiba di jeti di lihat Ayah Nayang (tekong) sedang mengalihkan botnya, dan kami semua pergi pekena roti canai satuuu di kedai pak Daud Thailand mari sebelum menunggu 5 station lagi sampai.

Duk melilau2 sampai aku pun pening dek mengantuk sampai 3 pagi baru berkemas ke atas bot. Bot kayu Kelas A... Belum naik bot dah pening.. adesss. Bot berjalan pukul 4 pagi aku terus cuba tido tp tak lena sebab kepala bergegar ... hahahaha...

Sampai ke tempat kejadian yang pertama, umpan dilabuhkan dan aku terus menunaikan kewajipan kepada Yang Esa, setelah siap umpan aku berjaya memikat seekor Jemuduk skala 500g dan apollo menaikkan rambai2 ikan kunyit. Belum sampai setengah jam kumpulan kami di"serang" sekumpulan 20 ekor lumba2... adess.. aku keciwa... 

Kami berpindah lokasi lagi...dan lagi...dan lagi... sampai tekong geleng kepala sambil senyum sinis asyik2 pindah... fening2 ikut puok2 ning....tekong kata dalam hati la kot. Pernah di satu perhentian, 3 rakan di buritan menaikkan 6 ekor kerapu sekaligus dengan purata berat 500-600g seekor... perhhh.. tp tak lama sebab bot hanyut dan tekong tidak sempat menanda lokasi dengan GPS.

Lbh kureng jam 6.00 ptg kami bertolak balik dan sampai di pangkalan bot sekitar 9 malam. Hasilnya agak kurang memuaskan tp alhamdulillah. 1 ekor haruan tasik, 6 ekor jemuduk, 15 ekor kerapu, 2 ekor pisang, 1 ekor merah coreng, 3 ekor barat (ayam2) dan satu tong ikan kerisi, kunyit dan timun. Sasaran untuk mendapatkan 60 ekor jemuduk tidak kesampaian kerana umpan habis sebelum sampai masa...

Trip berikutnya: 31 Ogos 2010, QTH: 8 jam perjalanan.. rasa2 macam aku tak dapat pergi jer..

15 Julai 2010

Anak Bapak


Jumaat 09/07/2010:

Lepas jumaat aku gi melepak kat rumah sangkar ikan pak sabri di Desa Maidam, Kemamang. Saja melayan harmonic dah lama tak lepas gian. Mengikut pak sabri, senangin mengganas di sungai sekarang ni, tp sebab aku bawak harmonic yang blum mumayit, maka aku lepak kat atas rumah sangkar jer. Terasa gak nak turun duk atas sangkar..hehehehe...

Siakap dalam sangkar ada berbagai saiz, daripada yang berumur sebulan hingga bersaiz hampir setengah meter... Bila dapat anak2 ikan aku campak kat dalam sangkap .."bedebummmm" siakap menyambar anak ikan... bayangkan kalu harmonic aku terhulur kaki dalam tu... adesss... bahaya bahaya..sebab tu aku duk atas rumah sangkar sahaja sambil melayan harmoni, sekali sekala harmonic aku guna binocular wat 'sperong' ikan...

Kali ini kami berumpankan hirisan ikan selar kuning, dengan mata kail paling kecil pernah aku jumpa (Fire Eagle DX-970HC Size 5)... Hasil pertama harmonic aku seekor kuku sebesar 2 jari...hehehe (jadi makanan siakap la...) Hasil kedua, anak ikan seliding (jadi umpan aku la pulok), hasil ketiga, seekor buntal (dilepaskan atas prinsip catch and release..ahaksss), hasil keempat, seekor kitam sebesar tapak tangan (dalam gambar-jadi lauk laaaa). Termengah-mengah harmonic aku menarik ikan menggunakan joran udang (Joran Cahaya) dengan reel Tomman Tiny Platinum. Menurut pak Sabri, ikan kitam biasanya dijual di Singapura dengan harga RM18 perkg, tp sukar diternak di dalam sangkar.
 
Rumah sangkar pak sabri ni amat popular dikalangan rakan2 sebagai tempat berehat terutama di bulan ramadhan. Di samping itu, kawasan sekitarnya juga merupakan lokasi pemancing menaikkan siakap dan siakap merah berskala 2-3kg serta senangin.

24 Mei 2010

Contoh soalan RAE

Atas permintaan rakan-rakan yang ingin menduduki RAE, di sini disediakan sedikit bahan rujukan yang pernah saya gunakan sebelum menghadapi RAE2008-2 yang lalu. Adalah diharapkan agar bahan-bahan serta contoh soalan RAE ini akan dapat digunakan oleh rakan-rakan dengan sebaik mungkin.

Bahan-bahan ini bukanlah hasil suntingan saya, tp merupakan hasil usaha rakan-rakan yang telah lama bergiat dalam radio amatur serta ada juga yang dikeluarkan oleh SKMM/MCMC sendiri.

Bahan-bahan ini boleh didownload melalui 'sidebar' di sebelah.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyediakan bahan-bahan tersebut.

04 Mei 2010

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be holding the second series of the Radio Amateur Examination (RAE) for the year 2010, pursuant to Regulation 26(2) of the Communications and Multimedia (Technical Standards) Regulations 2000.

To learn more please click on the following:

http://www.skmm.gov.my/link_file/Admin/WhatIsNew/CCD10/Pemberitahuan_RAE_02_2010.pdf

Application form:

http://www.skmm.gov.my/link_file/Admin/WhatIsNew/CCD10/RAE_02_2010.pdf

25 Mac 2010

Pantai Pasir Lanun




Dengar nama pantai macam pernah jadi 'port' lanun... Tapi keadaan sudah berubah, Pantai Pasir Lanun terletak di Kampung Penyabong, Endau merupakan satu destinasi pelancungan yang unik. Terdapat beberapa buah pulau serta kelong berhampiran pantai yang merupakan tumpuan kaki pancing.

Kali terakhir aku ke pantai ini adalah pada tahun 2000, semasa masih berkhidmat di Keratong, Pahang. Pergi memancing bersama beberapa orang rakan di Keratong. Dari keratong lebih kurang 180km.

Kali ni aku berpeluang kembali ke pantai ini bersama2 dengan 14 keluarga guru SMK Cheneh Baru. Aku yang mencadangkan family day kali ini di buat di sini.... sempat la bermalam semalaman di Endau Beach Resort. Oleh kerana hari tu merupakan hari cuti umum di terengganu sempena hari pertabalan DYMM Sultan Terengganu, maka pantai di sini tak la sibuk. Hajat di hati nak juga melabuhkan umpan kat jeti penyabong, tp kerna keletihan hasrat di hati terpaksa dibatalkan.

Sambil2 tu cuba gak scan 'budak kecik' aku, tp tak dapat sebarang feedback.

17 Februari 2010

Result RAE2009-2

Tahniah kepada semua rakan yang telah lulus RAE2009-2. Walaupun seorang sahaja rakan dari Cheneh yang lulus, diharapkan ianya tidak melemahkan semangat rakan-rakan lain untuk mencuba lagi di masa akan datang.

12 Januari 2010

My New Born Baby

Pada hari ini, 12 Januari 2010 jam 10.32pm, lahirlah seorang lagi hamba Allah yang diberi nama Mohamad Syazlan Bin Suhaimi. Dengan berat 2.98kg, anakku ini dilahirkan dengan cukup sifat dan sihat walafiat. Alhamdulillah.

02 Januari 2010

Back To School

Tahun baru 2010 dah pun tiba, sekolah pun buka la jugak. Walaupun esok sesi persekolahan bermula, namun bagi seorang guru sesi persekolahan telah pun bermula 2 minggu yang lalu. Bermula dengan mesyuarat guru kali pertama (dikenali sebagai kursus BTN oleh guru2 di sini), diikuti dengan mesyuarat panitia, mesyuarat HEM,mesyuarat Kokurikulum dan sebagainya. Hari ni pula sibuk dengan pendaftaran form1 di sekolah aku ni.

Dengar khabar budget sekolah tahun ni dikurangkan sebanyak 50%, nampak gaya banyak la program terpaksa ditangguhkan tahun ni.

Kepada semua guru dan pelajar diucapkan selamat kembali ke sekolah.