25 Disember 2007

Back T0 Sch001

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, pelajar dan guru.. Sekolah akan buka tak lama lagi, sekolah yang masih banjir macam mana? harap2 sekolah2 tersebut akan dapat digunakan apabila sesi persekolahan bermula nanti.

Walaupun sekolah belum buka tetapi ramai guru telah mula bertugas di sekolah. Tak kiralah sebagai sukarelawan banjir atau memang telah bermula mesyuarat kali pertama untuk tahun 2008 bagi menyambut pelajar2 baru.

Tahniah la juga kepada guru-guru yang dapat bertukar mengikut permohonan. Yang tak memohon macam mana pula? Sabar ajer lah. Ada rahmat disebaliknya. Bagaimana pula yang telah diluluskan bertukar tetapi mahu kembali semula ke sekolah lama... :D Adat resam jadi guru, bila dah bertukar kena la jadi bola.. ditendang sana sini. Diberi tugas itu dan ini, kalu tak tahan, jangan jadi guru @ jangan mintak tukar.. :D

Apa2 pun semoga tahun 2008 anda semua terus berjaya sama ada sebagai murid atau guru.

05 Disember 2007

foreach

salam,
hari ni merupakan hari terakhir aku jaga exam bebudak SPM, so esok aku nak balik KB. Hajat hati nak singgah mancing di Marang tapi dengar khabar nenek kat KB kurang sihat lak so aku mungkin balik terus ke KB.

24/12 ni ada meeting lak kat sekolah... asalnya 27hb, entah aku nak p ker tidak tak tahu la. 25/12 ada orang nak raya krismas tapi bukan aku la..

Cuti 2-3 minggu ni apa aku nak buat yer?? Ada plan nak gi mancing kat Tok Bali. Dengar khabar senangin tengah mengganas sekarang, tapi selalunya pulang tangan kosong :)
Ada lak member nak tahu lebih lanjut pasal public mutual unit trust. Aku ni bukan la agen tp leh la panggil agen yang kebetulan balik kampung minum2 kat KK.

17 November 2007

Peluang menjana pendapatan

Sebenarnya aku bukanlah spesis manusia yang suka kempen orang beli barang, tetapi bila aku cuba gelang magnetik edymium ni terasa sedikit perubahan pada diri aku. Sakit jari aku pun tak terasa, bila aku rasa sakit jari.. aku lilitkan gelang tu kat jari. Tak sampai 10 minit dengan izin Allah, sakit tu hilang.

Sekarang aku juga mudah bangun pagi.. ini sudah bagus. Akhirnya aku pun bagitahulah kebaikan gelang magnet edymium ni kepada kawan-kawan. Oleh kerana aku ni bukan spesis suka bercakap banyak, aku bagi lah kawan-kawan try guna gelang tu. Mereka pun terasa ada perubahan walaupun tidak ketara, tetapi yang paling ketara apabila seorang rakan tersepak kerusi sehingga bengkak kaki dan jalannya terhenjut-henjut, tetapi selepas memakai gelang ni tak sampai 10 minit dia mengakui kakinya tak sakit walaupun bengkak masih belum surut.

Dalam seminggu aku sudah berjaya menjual 20 utas gelang kepada kawan-kawan rapat sahaja. Anda bagaimana? takkan anda langsung tiada kawan. Produk yang baik begini mudah untuk dicadangkan kepada kawan-kawan, tidak cukup dengan penerangan bagilah mereka cuba sehari-dua.

Selain dari itu, aku telah membangunkan sebuah laman web atas permintaan kawan-kawan untuk memudahkan mereka mendapat downline. Dengan laman web ini mereka tak perlu bersusah-susah mencari downline, cukup dengan mempromosikan laman web sahaja. Alamat laman web tu ialah http://www.edymium4u.net .

01 November 2007

if else

sekarang ni bebudak tengah demam exam.. ye lah, hujung tahun begini macam2 exam ada, SPM, STPM, MUET dan juga peperiksaan akhir tahun. aku pulak dilantik untuk menjadi pengawas peperiksaan akhir tahun so aku kena turun ke petang untuk seminggu ni.

Aku juga ada mohon jadi pengawas SPM hujung tahun ni.. ada lah jugak kerja cuti hujung tahun ni, takde lah aku duk tercongok jer kat umah.

Bisnes gelang magnet edymium juga akhir2 ni makin rancak. Allhamdulillah. Selain dapat berbakti kepada orang ramai dapat juga menambah pendapatan sampingan. Bukan susah pun, lagi pun sakit2 lutut dan sakit2 kepala aku dah pun beransur berkurangan. Masa demo ari tu ajak la sorang kawan yang sakit pinggang. Doktor tak mahu buat apa2 lagi sebab risiko lumpuh selepas bedah sangat tinggi. Doktor kata kalu dah lumpuh baru berani bedah. Tapi semasa demo tu kawan aku ni mula2 tu memang tak larat nak angkat orang sebab sakit pinggang, tapi lepas memakai galang edymium ni, dengan selamba dan senyumnya berjaya mengangkat seorang lelaki yang beratnya dalam 95kg (bkn angkat seorang, tp 4 orang dgn hanya guna 2 jari seorang). Aku ada rakam video masa tu, tp aku tak tahu camner nak edit video tu supaya lebih jelas lagi. Any idea?? aku pun tak tahu software apa nak guna... :D aku lum pernah edit video sebelum ni.. video tu lak dalam DVD, so camner nak jadi VCD aa.. kalu tak pun nak wat video klip senang sikit nak hantar ke internet.

kalu sapa2 berminat nak tambah pendapatan dengan edymium leh aa kontek aku.
chow dulu
salamzzz...

20 Oktober 2007

else

Setelah beraya sakan, akhirnya aku kembali ke tempat aku bertugas.. esok dah start keje.. sepanjang cuti ni aku dapat dua projek untuk membuat website.. satu dari syarikat TTH Exim yang mahu membina eshop untuk barangan berasaskan roselle dan satu dari kawan-kawan yang mahu membina web untuk pemasaran produk gelang bio-magnetik e-dymium.

Biasa lah kalau dah cuti mesti lepak2 sambil minum2 di kubang kerian jumpa kawan-kawan. Banyak benda yang dibincangkan kali ni, walaupun aku hanya sempat keluar sekali jer sepanjang satu minggu cuti. Melihat kepada perkembangan produk e-dymium sekarang ni, aku rasa produk ini mampu menjana pendapatan kepada setiap ahlinya. Aku pun ada la beli satu gelang bio-magnetik e-dymium ni, sepanjang aku pakai ni rasa cam best la pulak, hilang rasa penat2, so aku boleh drive jauh-jauh tanpa rasa mengantuk lagi. Sakit2 urat pun hilang. kalu tak percaya cuba la satu... Kalu nak tengok website dier kat sini.. http://www.edymium.com , kalu rasa nak dapatkan produk dier boleh la kontek aku guna comment di bawah dengan besertakan email supaya senang dihubungi... "promote la ni.. :)"

Semasa jumpa kengkawan tu juga, ada la 2 orang kawan aku tu sepakat dengan aku untuk sambung belajar wat master la pulak. Walaupun kerugian kerana wat degree dulu lum pulih lagi, aku rasa aku nak wat master lak sampai leh jadi sifu.. huhuhuh\

Tapi satu perkara yang aku tak dapat buat pada cuti ari tu iaitu menghadiri Majlis Perkahwinan Wan Mohd Raifuddin B Wan Man di Berek 12 kerana aku dah pun balik ke Marang lak pada 16/10 .. Segala kesulitan amat dikesali

Selamat kembali bertugas .....

10 Oktober 2007

Do while not end of cuti

Esok cuti, so ari ni aku akan balik kampung. Pas kerje nanti aku akan balik ke kampung aku di Rhu Rendang, Marang, Terengganu. Seingat aku last aku balik masa kena gi pungut bebudak kat Hotel Sri Malaysia Marang ari tu. Aku bawak bebudak tu skali balik kat rumah aku ... sebenarnya bukan rumah aku tapi rumah abang aku. masa singgah tu lak anak sedara aku sorang tu cedera sikit, katanya kena tabung gas pemedih mata semasa kejadian di Batu Burok.

Hajat di hati aku nak berbuka di rumah abang aku, dan bertarawih si surau depan rumah, dan bersahur disitu. Mungkin bayar zakat sekali lah, sebab aku lum bayar zakat fitrah lagi. anda semua bagaimana? dah bayar? If tak dapat bayar zakat di kampung then, aku akan bayar di Kelantan la pulak :) end if.

So pepagi esok aku akan balik ke Kelantan untuk sambut raya di sana memandang aku sekarang ni yatim piatu.. :)

Planning nak gi mana, selalu balik Kelantan aku makan tidur jer sebab takde mende nak buat. Tapi oleh kerana cuti raya, aku ingat nak gi beraya umah kengkawan di Kubang Kerian. Dan tak lupa juga aku baru dapat satu kad jemputan kahwin Wan Mohd Raifuddin B Wan Man, pada 18 Oktober nanti di Lorong Berek 12, KB. InsyaAllah aku akan hadir.

Selamat Hari Raya kepada semua kengkawan yang mengenali diriku ini. Maaf Zahir Dan Batin.
Berhati-hati di jalanraya, kalu mati tak boleh beraya.


End of file.

09 Oktober 2007

Hello World!

Setelah lama menulis untuk blog sebagai salah satu daripada tugas rasmi, kini tiba masanya aku menulis untuk diri sendiri la pulak. Apa yang akan aku tulis di sini adalah hanya merupakan catatan dalam hidup aku.



Tapi, dari mana aku nak mula yer? Apa kata kalu dimulakan dari hari lahir aku .. :)



Aku dilahirkan sebagai seorang anak desa di sebuah rumah kecil di negeri Terengganu kira-kira 35 tahun yang lalu. Ayah aku pada masa tu bekerja sebagai seorang tukang rumah atau dengan kata lain, tukang buat rumah. Masa tu jarang orang rumah batu (rumah batu ni panggilan orang kampung bagi rumah yang dibina menggunakan batu bata, simen dan campuran-campuran lain.. hi2) Maka dengan sebab itu, ayah aku ni kerja buat rumah papan atau rumah kayu. Ayah aku ni memang pandai buat rumah.. hehehe...Mak aku lak, biasa aaa orang kampung mestilah jadi surirumah sepenuh masa....



Hari raya nanti masuklah hari lahir aku yang ke 35.. jadi aku akan dapat dua kad, Selamat Hari lahir dan juga Selamat Hari Raya... sempena hari lahir aku ni sapa yang nak belanja aa?? tapi takpa, hari raya mesti makan free.. hhuhuhuhu...



gambar aku kat mana lak aku letak nis.... jeng jeng jeng..... jap nak cari jap.... 1 ..... 2...... 3..... haaaahhh banyak pun dalam external HD ni...

Ni bukannya gambar masa aku lahir nis.... Ni gambar aku masa kat pejabat urusan Era Edar Marketing Sdn Bhd, Jitra, Kedah.. Masa ni aku nak interview Dr. Azizan (pengasas Era Edar).. bukannya dier nak interview aku, tp aku kena interview dier sebagai satu tugasan untuk paper English Communication (kalu tak silap aa nama paper tuh) dan paper ni lah satu2nya paper english aku yang aku dapat A..... tq guy..

Masa lahir aku takda gambar sebab masa tu kat kampung aku ni mungkin takda penduduknya yang ada kamera... paling awal aku bergambar masa buat IC kot..