20 November 2009

Sempurna Resort & UPSR

Hari ni kami sekeluarga bersama guru2 Tahun 6 SKCB akan ke Sempurna Resort untuk kali ke-2 pada tahun ni. SK Ceneh Baru mencatatkan pencapaian yang agak membanggakan dengan 23 orang murid mendapat 5A bagi tahun 2009 walaupun kurang dari 'target' awal iaitu 25 orang. Dan agak mendukacitakan sikit apabila 2 orang yang tak dapat 5A tu termasuklah Nurul Ain Syahira binti Suhaimi, anak aku, namun hidup mesti diteruskan... ada hikmah dalam segalanya yang berlaku.


video


video

15 November 2009

Kelas Persediaan Peperiksaan Radio Amatur

Malam ni merupakan malam ke 5 aku wat kelas untuk rakan-rakan yang berminat untuk mempelajari ilmu radio amatur. Adalah 7-8 rakan yang hadir setiap kali kelas dijalankan. Kelas ke 4 minggu lepas gagal mencapai matlamat apabila rakan sibuk belajar facebook la pulak, memandang aku wat kelas kat makmal komputer yang ada sambungan internet. Aku harap malam ni rakan2 dpt beri lebih perhatian memandangkan malam ni mungkin kelas terakhir aku dpt buat untuk rakan2 pada tahun ni... sekolah dah dekat nak cuti nis.

Nanti aku tunggu aa rakan semua kat kolej multimedia, rusila untuk beri sokongan moral... sb cuti skolah ni aku balik KB. Tp sebelum cuti ni aku bagi la kerja rumah utk rakan2 studi sendiri.. Rasanya dah habis ilmu aku pasal radio amatur ni aku sampaikan, kalu nak lebih lagi kena belajar sendiri sebab aku pun masih amatur dalam radio amatur....

Selamat menempuh RAE 2009-2