26 Julai 2011

Trip Memancing Udang Sebelum Bercuti di Bulan Ramadhan

Salam semua... Lama gak pancing udang aku tak bertugas, so minggu lepas aku try test satu kawasan baru. Kebetulan bot dah sedia ada, aku hanya bawak enjin sajer. Lokasi sekitar kawasan sedut pasir berhampiran jambatan ke-2 Jalan Mak Lagam.

Sebelah bagi aku try area bawah jambatan dari tebing, dapat la 4 ekor. Tengahari aku ke lokasi yang dirancang. Percubaan pertama di kawasan berkayu di mana, banyak pokok kayu bukan setakat menyembah bumi tapi turut lemas di dalam sungai akibat aliran air yang deras pada musim tengkujuh tahun lepas. Banyak tarikan diperolehi, tp hasilnya banyak tali yang putus kerna tersangkut pada kayu-kayu di dalam air.

Kemudian aku berpindah ke kawasan teduh di bawah pokok sambil menanti matahari jatuh, nasib pun lebih kurang jer... banyak tali yang putus. Cuma di port baru ni ada la juga Jenggo yang berjaya dinaikkan. Selepas solat zohor di tebing sungai, udang mula kurang galak meratah umpan. Aku berpindah lagi, kembali ke kawasan berkayu. Udang tidak berhenti-henti menarik umpan, diselang seli antara udang yang dinaikkan atau tali yang diputuskan sehingga habis bekalan batu ladung. Hasilnya lebih kurang 1.5 kg udang berjaya dibawa pulang pada hari itu.....


Pada 20 Julai, bersamaan cuti Hari Keputeraan Sultan Terengganu, aku mencuba lagi lokasi yang sama, malang menimpa awal2 lagi apabila enjin gagal dihidupkan. Jadi aku berkayuh sekitar enjin penyedut pasir. Disebelah pagi, udang memang galak memakan umpan tp menjelang tengahari tiada lagi sambutan... nak berpindah... hehehe... takut tak larat nak berkayuh balik..... Hasilnya 10 ekor udang.

15 Mei 2011

Pertandingan Rekacipta 'COOL' Blog

Satu kursus dan pertandingan rekacipta 'COOL' blog telah berlangsung di Mesra Mall Kerteh pada 4Mei 2011 hingga 14 Mei 2011yang dianjurkan oleh TM dengan kerjasama Smart Minds Sdn. Bhd. Program ini terbuka kepada semua sekolah dan NGO's sekitar Kemaman

Alhamdulillah, penyertaan pertamaku dalam pertandingan seumpama ini telah membuahkan hasil. Blog yang disiapkan dalam tempoh tak sampai 2 jam bertajuk "Kemaman Indah" telah mendapat tempat ke-3 dan membawa pulang wang tunai RM300 serta cenderahati dari TM.

20 April 2011

RAE 2011

1st Session Exam Date: 15 June 2011
Registration Opens: 8 Apr 2011
Registration Closes: 29 Apr 2011

2nd Session Exam Date: 07 Dec 2011
Registration Opens: 30 Sept 2011
Registration Closes: 21 Oct 2011

Maklumat lanjut sila hubungi MCMC

http://www.skmm.gov.my/

04 April 2011

Trip Kenyir 01042011

Salam semua...

Lama dop update blog ni... bz  dgn urusan seharian.

Pada 1 April yang lalu aku bersama 12 lagi rakan dari Cheneh  telah berkunjung ke Tasik Kenyik.. Lokasi: Berhampiran Sg Mandak. N 5 8.240' E102 41.888'. Perjalanan dengan houseboat lebih kurang 2 jam dari Jeti Pengkalan Gawi. Bot baru siap 5 bulan yang lalu, memang memuaskan dari segi keselesaan bersama sokongan 2 buah bot gentian kaca. 6 Bilik dengan katil double-deck. Ruang rehat dengan kemudahan TV / DVD / Astro. 2 Tandas 1 Bilik Mandi. Kadar sewaan (harga kawan2) RM1000 untuk 2hari 1malam. Harga biasa RM1400.

Lokasi kaya dengan spesis fishzilla..... Toman bersaiz besar. Memang sesuai untuk kaki casting dengan menggunakan 'popper'.

Keputusannya: 12 ekor toman (11 ekor dilepaskan semula), 1 ekor patin (cukup sebagai lauk tengah hari untuk 15 orang), 1 belida dan lampan..... seronok gak melayan lampan dengan umpan sawit peram.