25 Disember 2007

Back T0 Sch001

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, pelajar dan guru.. Sekolah akan buka tak lama lagi, sekolah yang masih banjir macam mana? harap2 sekolah2 tersebut akan dapat digunakan apabila sesi persekolahan bermula nanti.

Walaupun sekolah belum buka tetapi ramai guru telah mula bertugas di sekolah. Tak kiralah sebagai sukarelawan banjir atau memang telah bermula mesyuarat kali pertama untuk tahun 2008 bagi menyambut pelajar2 baru.

Tahniah la juga kepada guru-guru yang dapat bertukar mengikut permohonan. Yang tak memohon macam mana pula? Sabar ajer lah. Ada rahmat disebaliknya. Bagaimana pula yang telah diluluskan bertukar tetapi mahu kembali semula ke sekolah lama... :D Adat resam jadi guru, bila dah bertukar kena la jadi bola.. ditendang sana sini. Diberi tugas itu dan ini, kalu tak tahan, jangan jadi guru @ jangan mintak tukar.. :D

Apa2 pun semoga tahun 2008 anda semua terus berjaya sama ada sebagai murid atau guru.

05 Disember 2007

foreach

salam,
hari ni merupakan hari terakhir aku jaga exam bebudak SPM, so esok aku nak balik KB. Hajat hati nak singgah mancing di Marang tapi dengar khabar nenek kat KB kurang sihat lak so aku mungkin balik terus ke KB.

24/12 ni ada meeting lak kat sekolah... asalnya 27hb, entah aku nak p ker tidak tak tahu la. 25/12 ada orang nak raya krismas tapi bukan aku la..

Cuti 2-3 minggu ni apa aku nak buat yer?? Ada plan nak gi mancing kat Tok Bali. Dengar khabar senangin tengah mengganas sekarang, tapi selalunya pulang tangan kosong :)
Ada lak member nak tahu lebih lanjut pasal public mutual unit trust. Aku ni bukan la agen tp leh la panggil agen yang kebetulan balik kampung minum2 kat KK.