Back T0 Sch001 ~ SuhaimiMd

25 Disember 2007

Back T0 Sch001

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, pelajar dan guru.. Sekolah akan buka tak lama lagi, sekolah yang masih banjir macam mana? harap2 sekolah2 tersebut akan dapat digunakan apabila sesi persekolahan bermula nanti.

Walaupun sekolah belum buka tetapi ramai guru telah mula bertugas di sekolah. Tak kiralah sebagai sukarelawan banjir atau memang telah bermula mesyuarat kali pertama untuk tahun 2008 bagi menyambut pelajar2 baru.

Tahniah la juga kepada guru-guru yang dapat bertukar mengikut permohonan. Yang tak memohon macam mana pula? Sabar ajer lah. Ada rahmat disebaliknya. Bagaimana pula yang telah diluluskan bertukar tetapi mahu kembali semula ke sekolah lama... :D Adat resam jadi guru, bila dah bertukar kena la jadi bola.. ditendang sana sini. Diberi tugas itu dan ini, kalu tak tahan, jangan jadi guru @ jangan mintak tukar.. :D

Apa2 pun semoga tahun 2008 anda semua terus berjaya sama ada sebagai murid atau guru.

Tiada ulasan: