Lesen Kelas C ~ SuhaimiMd

15 Ogos 2015

Lesen Kelas C

Trip kali ni mungkin menjadi trip terakhir di Pelabuhan Kuantan memandangkan pagar sedang giat dibina di sekitar padang pancing pelabuhan Kuantan ni. Seawal 7 pagi aku dah tiba di lokasi, namun rakanku Zul dari Balok lebih awal tiba.



Kali ni aku nak menduga sotong mabang disekitar pelabuhan kuantan ni. Kunjungan lepas berjaya mendaratkan 5 ekor mabang bersaiz kecil. Suasana pagi ni sungguh nyaman, operasi mengorek pasir untuk medalamkan Pelabuhan Kuantan 2 masih belum bermula. Tanpa membuang masa aku mula melemparkan jig udang untuk memikat si lembut di dasar lautan.

Tiada yang sudi menyambar jig yang dipersembahkan. Setelah beberapa ketika, anak-anak ikan melompat-lompat di permukaan air. Aku buat tak kisah jer.. Tiba-tiba sekali lagi anak-anak ikan bertempiaran lari bila dikejar sesuatu. Sirip pemangsa begitu jelas kelihatan. Aku terus menukar jig udang kepada gewang jenis floating dan melontar ke lokasi adegan kejar mengejar tadi, kekili dikarau dengan slow jerk, tak sampai beberapa saat.. boommm...Gewang disambar sesuatu dan terus dilarikan. Bunyi drag yang nyaring menarik perhatian rakan disebelah. Kurang 30 saat, seekor baby GT berjaya didaratkan. Ini lah Lesen Kelas C.. hahaha.. GT pertama yang berjaya aku pancing.



Pemangsa yang berlegar2 menyebabkan si lembut tidak berani keluar dari tempat persembunyian. Sekitar 930 pagi, kami keluar dari lokasi untuk pulang bila operasi mengorek pasir mula berjalan. Bila operasi membesarkan pelabuhan Kuantan ini siap sepenuhnya, dijangkakan kawasan ini akan diwartakan sebagai kawasan larangan.



Tiada ulasan: