Catatan Perjalanan - Bintulu
Pada 6 Jun 2015 yang lalu kami sekeluarga telah bertandang ke Bintulu Sarawak. Tujuan utama nak hantar harmonic ke UPM Kampus Bintulu, sambil2 tu boleh aa jalan2 negeri orang.
Planning awal nak naik flight dari Kota Bharu terus ke KLIA kemudiannya ke Bintulu, tp over budget la pulak.. Apa taknya, satu family.
So kami berlepas dari Kota Bharu menggunakan pesawat Innova 2471 saje la balik ke base di SMK Cheneh Baru, Kemaman. Bermalam dulu di base selama dua malam sebelum bertolak ke rumah sedara di Semenyih. Bermalam lak kat situ satu malam, sempat juga la mandi di Kolam Air Panas kat area situ.
6 Jun 2015: Ke KLIA, anak gajah kami dibawak balik oleh sepupu ke Semenyih semula, takda la kena bayar parking berpuluh-puluh ringgit sehari di KLIA.
Sampai di Bintulu kami menyewa sebuah Exora dengan kadar RM230 sehari dari Artemis Car Rental . Kereta ni dah lama booking, asalnya ada sorang kawan kak long yang nak ikut sekali, so kami booking la exora, baru boleh muat ramai skit. Last2 dia tak jadi ikut skali mendaftar di UPM Bintulu. 3 hari sewa kereta, RM230 X 3 = RM690 dibayar pada hari tu jugak. Kereta ni pulak di ambil dan dipulangkan di airport Bintulu tu, so takda la pening2 nak cari transport lagi.
Dari airport kami terus jer ke Jinhold Aparment Hotel untuk berehat. Hotel ni pun dah siap booking dan bayar melalui agoda. Masa booking tersilap pulak klik 2 malam, terpaksa la klik sekali lagi untuk tambah satu malam lagi. Kesannya.... Hari ke-3 kena tukar bilik dari 214 ke martabat yang lebih tinggi 514...hehehe.
Bilik kat sini memang selesa, kami sewa bilik triple bed, Jadi boleh aa sumbat 6 orang satu bilik. Tapi yang lecehnya lift kat sini guna sistem kad kunci untuk aktifkan. Pastu hanya boleh naik ke tingkat yang bersesuaian dengan bilik anda sahaja. Kalu kad tu utk bilik 214, nak gi jumpa saing2 di tingkat lima terpaksa la naik tangga jawabnya... Satu lagi masalah, kalu sorang nak turun ke tempat parking ker, kad kunci terpaksa dibawa. Org yang dalam bilik kepanasan la jawabnya.
Yang bestnya kat sini ada dobi free kat level B1... Tapi kena basuh sendiri aa.. Pastu nak turun naik kena aa bawak kad kunci kalu tak mahu menapak naik tangga.
Di Bintulu kami ronda sakan aa.. Semuanya dengan bantuan pakcik google dan waze. Bandar2 di Bintulu ni mcm bandar satelit, Kecik2 tp banyak kawasan. Satu2 kawasan dalam lingkungan 5km.
Hari Pertama tiba, Tak tau nak kemana, ronda2 cari makan. Terjumpa la Park City mall. Pusing2 cari barang2 keperluan kak long.
Hari kedua, kami ronda Pasar Tamu Bintulu. Masuk jer jumpa makcik jual nasik lemak.. perut semua dah lapar, Beli jer la.. Sedap jugak nasik lemak ikan masin ni. Kali pertama jumpa nasi lemak lauk ayam goreng dan ikan masin @ telur masin. Kat pasar ni macam2 adaaa...Lebih kurang pekan sehari kat kampung la.. bezanya pasar tamu ni ada tiap2 hari... Sebelah Pasar Tamu ni ada pulak Pasar Utama Bintulu... Target utama Ikan Terubuk Masin Bintulu.. Puas ronda.. tak jumpa... Yang kami jumpa ialah sayur2an, buah2an dan musang salai... Kemudian ke Pasar Utama yang terletak bersebelahan, jumpa la pulak tempat org jual daging b***i bergantungan... Masing2 tutup hidung..huhuhu. Nasib baik tempat org jual ikan dipisahkan dengan dinding.
Pasar Utama ni besar, tp 50% kosong. Kat tingkat atas ada 2 buah kedai menjual cenderahati, apa lagi harmonic ambe borong keychain sakan la. Nak bagi kat kawan2 katanya. Kat tingkat bawah tempat org jual ikan dan buah2an.
Pastu ke Pantai Tanjung Batu, lebih kurang 5km dari hotel. Waktu tengah hari, org tak ramai sgt, pantai pun tenang, takda angin dan ombak. Pastu kami ke Taman Tumbina. Taman haiwan mini gitu aa. Ada lebih kurang 10 jenis haiwan. Tapi mak aii.. nak ke satu2 lokasi haiwan tu terpaksa menapak sampai semput.. Bukitnya tinggi dan jauh pulak kena menapak semata2 nak tgk sang belang.
Pastu tanya pakcik google nak makan kat mana, jumpa la Restoran Selera Kampung di Medan Jaya. Makan stail thai.. boleh aa dengan selera dan tekak org pantai timur semenanjung. Pastu balik berehat di hotel, malam2 tak tahu nak kemana, tgk tv jer dlm bilik.
Hari ketiga, hari pendaftaran kak long di UPM Bintulu. Lepas sarapan di Restoran Selera Kampung terus ke UPM, ingatkan jauh.. tak sampai pun 3km dari restoran tu. Masuk pintu pagar..rupanya kena drive 4km lagi baru jumpa tempat pendaftaran.
Pastu kami mencari makan di Restoran Seribu Bintang. Makanan kat situ ok, tp tak kena selera kami aa.. Pelayan pulak pakai baju takda lengan..... Kami harap halal la makanan kat sini.. Lepas makan hantar kak long balik ke asrama. Kami pun balik ke hotel.
Hari keempat, pukul 10 pagi check-out, Sekali lagi menjengah pasar tamu untuk mencari ikan terubuk, baru aa terjumpa. Borong sakan, terbang la dalam RM200. Penuh aa satu beg dengan ikan terubuk masin dan kek lapis sarawak. Bukannya takda kat semenanjung, tp org kata ole-ole utk rakan2.
Dalam perjalanan ke airport, kami dapat menyaksikan sebuah bot terbang dari belakang sebuah pick-up. Nasib baik jarak kami dalam 100meter dari pickup tersebut. Sempat aa mengelak, tapi minta maaf aa tak dapat nak menolong, sebab masa utk check-in kat airport dah tiba.
Selamat tinggal Bintulu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan