Trip pertama 2012
Trip yang tidak dirancang dengan sempurna telah dilaksanakan pada 7 Januari 2012. Lokasi Enjin Penyedut pasir Jambatan Ke-2.
Awal pagi aku ke sekolah kerana ada bengkel Perancangan Strategik... entah apa mimpi Si Mawi ajak aku gi ngail udang pukul 3 ptg. Umpan apa pun belum dicari, tp kerna katanya dia yang hendak cari aku pun setuju aja lah. Lepas solat zohor si Hasan lak tepon nak join skali... aku no problem, bot bh muat 4 org. Jadi aku ajak la anak aku yg no 4 join skali.
Mula2 kena pi ambik bot kat kebun dulu, maklumlah kawasan banjir, ari tu bot digunapakai utk menjaring ikan sempena banjir. Setelah tu usung bot ke tebing sungai, maka berkayuh la kami dengan 2 batang dayung adhoc yg aku buat sebelum turun dari rumah tadi.
Umpan ada la sikit... arus lak deras.. beberapa kali pindah tempat, akhirnya aku berlabuh kat port kayu tumbang dalam trip terdahulu... dapat lah 10 ekor udang galah memandangkan umpan hanya ada seciput sajer dan hari pun dah petang.
Maka, aku merancang trip yang lebih kemas minggu berikutnya (hari ni la tu) tp nasib tidak menyebelahi kami, hujan mencurah selama 4 hari tanpa henti telah membanjirkan kawasan berkenaan.. so trip ni ditangguhkan sehingga cuaca kembali cerah.. mungkin masa CNY ni kot....
gambar mana? entah mcm mana aku main2 dengan N85 aku terdelete lak gambar tangkapan udang galah terbesar pada trip kali ni... Sori ye San dan Mawi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan