20 Oktober 2009

Konvokesyen UiTM Kali Ke-71

Aku sebenarnya baru balik dari menghantar adik ipar aku (elin) ke Konvokesyen di UiTM shah alam. Aku bertolak dari Cheneh kira2 jam 10.30 pagi 18/10/2009 dengan berbekalkan sebuah 'GPS' edisi cetak. Dengan berbekalkan sebuah pesawat ringan, aku monitor di udara 9M4RBS sehinggalah pesawat aku tak berupaya mencapainya lagi.

Setiba di Lanchang dengan menggunakan laluan LPT, aku cuba scan pesawatku dan dapat mencapai satu frekuensi yang aktif berQSO. Aku pun terus mencapai loceng terbang untuk mengesan tone dan offset bagi panca-ulang tersebut, terimakasih kepada 9W2YON kerana menyediakan senarai repeater yang boleh dimuat turun dari mycallsign network. Cari punya cari aku dapat tahu frekuensi tersebut merupakan frekuensi ASTRA Linking di Bukit Genting.

Lama gak aku monitor sebelum bersalaman diudara agak tidak mengganggu QSO rakan2. Sempatlah jugak aku bersalaman dengan beberapa rakan termasuklah yang aku ingat 9W2AKY yg pada masa tu berada di Parit Buntar tetapi saltminenya di shah alam. Dapatlah aku bertukar2 no. loceng agar mudah dihubungi di shah alam nanti.

Sampai di Ampang aku sempat bertanya kepada seorang penghantar McD arah ke Kajang, memandangkan aku nak bermalam di Kg Pasir Baru, Semenyih rumah Pakcik Ridzuan. Ternyata haluan aku adalah tepat sekali, mulanya aku ingat dah silap arah.

Aku sampai di kolasi yang dituju kira-kira jam 4.30 ptg.

Keesokan harinya aku menuju ke UiTM shah alam. Memandangkan elin kena sesi petang, dia kena masuk mulai jam 12 tgh. Aku duk tunggu kat luar dgn 2 org harmonic. XYL aku ikut sekali masuk dalam dewan, tp bukan dewan konvo la sebab, dewan tu hanya utk graduan sahaja, pengiring duk dewan lain sambil tgk dalam tv je.. lawak betul la.. tak best langsung. Gerai2 jualan pun adala sikit, nak cari cenderahati pun takda.. hampeh betul.

Bila aku raser lapar jer, aku lima lima zaky (9W2AKY) kebetulan dier duk saja kat rumah, aku ajak tunjuk tempat makan.. banyak kedai dier bawak tp semua cam penuh jer, last2 singgah kat restoren d'hati tak jauh dari pintu belakang UiTM. Kemudian datang pula 9W2WPC sempatla bersalaman dengannya. Belum sempat berbual panjang, harmonic aku menjerit dalam tandas, tersepit ****** pada zip seluar. Nasib baik makcik kat restoran tu tolong tanggalkan, kalu tidak jenuh jugak aku.

Memandangkan harmonic aku ni dah menangis2, aku terpaksa berangkat awal sehingga tertinggal nasi bungkus untuk OTM dan XYL aku. Nasib baik Zaky tolong hantarkan....
Kenangan yang tidak dapat dilupakan...

Habis jer majlis konvo terpaksa la berasak2 naik bas UiTM sebab kereta terpaksa ditinggal jauh dari dewan konvo, kena pergi balik dengan bas. Berebut2 cam tin sardin jadinya...

Balik dari UiTM aku terpaksa jalan jauh kerana tersilap arah.. hehehe.. sampai ke Putrajaya turun balik ke Bdr Baru Bangi terus ke Kajang singgah sebentar di Sate Kajang Haji Shamuri. Nak keluar dariKajang pulak satu hal, nasib baik jalan yang dilalui itu jalan yang betul. Navigator aku kat sebelah pulak spisis tak pandai tengok peta..hihihih.. Tp perut dah kenyang rileks jer la..semua dier yang bayar..

Sampai kat Kg pasir baru lbh kurang kul 10 malam, lepas solat aku terus lena, tak sempat berQSO di 9M4RBC.

Sebelum bertolak balik dr kg pasir, aku sempat sambar seekor ikan pelaga dalam botol.. dan satu bekas umpan tapa kemboja utk ditry...
Kali ni aku balik menggunakan laluan Seremban Kuantan, Bukit putus pun dah tak putus lagi dah, .. jalan baru lancar jer. Setiba di Kuantan aku hantar OTM aku naik bas di Terminal Makmul jam 6.30ptg menuju ke Kota Bharu..

The end..utk hari ini

17 Oktober 2009

Hari Keluarga Kite-kite aje

Cam best la tajuk ari ni... hihihi.. Dah lama aku tak gi pantai, so ari ni ada satu program Hari Keluarga Kita-kita Aje... Kenapa kita-kita aje? sebabnya ni hari keluarga untuk 4-5 family jer. Hari keluarga yang tak formal anjuran kita-kita...

Masa: 10.oo pagi - 12.00 tgh
Tempat: Pantai Teluk Kalong
Peserta:

  1. Keluarga aku..
  2. Keluarga Cikgu Bakhtiar Smarthai de'Besut
  3. Keluarga Mawi bukan world, tp Cikgu Mawi
  4. Keluarga Cikgu Kamarulzaman
  5. Keluarga Ustazah Normah
  6. Keluarga Cikgu Roshidi - absent
Acara:
  1. Makan-makan
  2. BBQ
  3. Mandi-manda - Kaum adam dan kanak2 sahaja
  4. Main-main - main la apa2.. Aiman tak kisah
  5. Sembang-sembang - kaum hawa
  6. Memancing - Cikgu Suhaimi (aku la ni) dan Encik Suhaimi (Jiran aku) sahaja
Catatan: Cikgu Hasan kempunan la sb isteri baru bersalin 3 minggu. Acan.. Minggu depan kita nak gi Gambang Water Park la pulok..hihiihi



16 Oktober 2009

Udang..ooo..udang

lama gak aku tak gi mancing udang, malam tadi aku hello abg ngah tanya gi mancing udang dop ari ni.. Dia kata boleh jugok kalu nak gi, tp lewat skit sebab dier nak gi pasar cari kepala ayam.. buat sup utk 'jaga' kat kebun. Cantikk....

Seawal 7.30 pagi aku sampai di Binjai Kemaman utk gi mengail udam. Tunggu punya tunggu kul 8.30 baru abg ngah aku balik dari pasar. Terus jer ke Pengkalan Binjai tempat bot diparking lalu meluncur laju bot ke port yang biasa dia pergi. Memandangkan hari ni hari jumaat, aku tak bercadang nak mengail lama, kena balik sebelum kul 12.30 kalu tak boleh jadi monyet, tak yah sembahyang jumaat.

Umpan dihulur, tiada bersambut.. adess.. boring gilerr..punya la lama menunggu dan berpindah port. tgk rakan2 di bot lain pun lebih kurang jer. Arus agak laju hari ni. Kira datang makan angin je la kali ni. Tunggu punya tunggu akhirnya adalah rakan yang sudi bersalaman kontak perdana diudara sambil bergambar.

09 Oktober 2009

Pesta Konvokesyen TATIUC

Aku baru je balik dari TATIUC. Aku tak bercadang pun nak gi sana, tp lps jaga exam PMR tadi aku dengar rakan-rakan ham kemaman tgh duk pasang-pasang antena di sana. Aku pun terus je lah gi sana , boleh gak bersalaman dengan rakan2.

Sampai di sana, aku terus tuju ke booth Radio Amatur Kemaman. Sempat bersalaman dan berbual2 dengan 9W2AAJ, 9W2ISC, 9W2GTR, 9W2FVS, 9W2RAT dan ramai lagi lah. Dapat la tambah ilmu pasal alatan radio amatur ni.


Selain booth radio amatur, ada gak AutoShow... Pameran kereta laaa... Pertunjukan kereta drift pun ada. Lebih kurang jam 12 aku balik, tunggu nak g rumah besar la pulok.