20 Oktober 2007

else

Setelah beraya sakan, akhirnya aku kembali ke tempat aku bertugas.. esok dah start keje.. sepanjang cuti ni aku dapat dua projek untuk membuat website.. satu dari syarikat TTH Exim yang mahu membina eshop untuk barangan berasaskan roselle dan satu dari kawan-kawan yang mahu membina web untuk pemasaran produk gelang bio-magnetik e-dymium.

Biasa lah kalau dah cuti mesti lepak2 sambil minum2 di kubang kerian jumpa kawan-kawan. Banyak benda yang dibincangkan kali ni, walaupun aku hanya sempat keluar sekali jer sepanjang satu minggu cuti. Melihat kepada perkembangan produk e-dymium sekarang ni, aku rasa produk ini mampu menjana pendapatan kepada setiap ahlinya. Aku pun ada la beli satu gelang bio-magnetik e-dymium ni, sepanjang aku pakai ni rasa cam best la pulak, hilang rasa penat2, so aku boleh drive jauh-jauh tanpa rasa mengantuk lagi. Sakit2 urat pun hilang. kalu tak percaya cuba la satu... Kalu nak tengok website dier kat sini.. http://www.edymium.com , kalu rasa nak dapatkan produk dier boleh la kontek aku guna comment di bawah dengan besertakan email supaya senang dihubungi... "promote la ni.. :)"

Semasa jumpa kengkawan tu juga, ada la 2 orang kawan aku tu sepakat dengan aku untuk sambung belajar wat master la pulak. Walaupun kerugian kerana wat degree dulu lum pulih lagi, aku rasa aku nak wat master lak sampai leh jadi sifu.. huhuhuh\

Tapi satu perkara yang aku tak dapat buat pada cuti ari tu iaitu menghadiri Majlis Perkahwinan Wan Mohd Raifuddin B Wan Man di Berek 12 kerana aku dah pun balik ke Marang lak pada 16/10 .. Segala kesulitan amat dikesali

Selamat kembali bertugas .....

10 Oktober 2007

Do while not end of cuti

Esok cuti, so ari ni aku akan balik kampung. Pas kerje nanti aku akan balik ke kampung aku di Rhu Rendang, Marang, Terengganu. Seingat aku last aku balik masa kena gi pungut bebudak kat Hotel Sri Malaysia Marang ari tu. Aku bawak bebudak tu skali balik kat rumah aku ... sebenarnya bukan rumah aku tapi rumah abang aku. masa singgah tu lak anak sedara aku sorang tu cedera sikit, katanya kena tabung gas pemedih mata semasa kejadian di Batu Burok.

Hajat di hati aku nak berbuka di rumah abang aku, dan bertarawih si surau depan rumah, dan bersahur disitu. Mungkin bayar zakat sekali lah, sebab aku lum bayar zakat fitrah lagi. anda semua bagaimana? dah bayar? If tak dapat bayar zakat di kampung then, aku akan bayar di Kelantan la pulak :) end if.

So pepagi esok aku akan balik ke Kelantan untuk sambut raya di sana memandang aku sekarang ni yatim piatu.. :)

Planning nak gi mana, selalu balik Kelantan aku makan tidur jer sebab takde mende nak buat. Tapi oleh kerana cuti raya, aku ingat nak gi beraya umah kengkawan di Kubang Kerian. Dan tak lupa juga aku baru dapat satu kad jemputan kahwin Wan Mohd Raifuddin B Wan Man, pada 18 Oktober nanti di Lorong Berek 12, KB. InsyaAllah aku akan hadir.

Selamat Hari Raya kepada semua kengkawan yang mengenali diriku ini. Maaf Zahir Dan Batin.
Berhati-hati di jalanraya, kalu mati tak boleh beraya.


End of file.

09 Oktober 2007

Hello World!

Setelah lama menulis untuk blog sebagai salah satu daripada tugas rasmi, kini tiba masanya aku menulis untuk diri sendiri la pulak. Apa yang akan aku tulis di sini adalah hanya merupakan catatan dalam hidup aku.



Tapi, dari mana aku nak mula yer? Apa kata kalu dimulakan dari hari lahir aku .. :)



Aku dilahirkan sebagai seorang anak desa di sebuah rumah kecil di negeri Terengganu kira-kira 35 tahun yang lalu. Ayah aku pada masa tu bekerja sebagai seorang tukang rumah atau dengan kata lain, tukang buat rumah. Masa tu jarang orang rumah batu (rumah batu ni panggilan orang kampung bagi rumah yang dibina menggunakan batu bata, simen dan campuran-campuran lain.. hi2) Maka dengan sebab itu, ayah aku ni kerja buat rumah papan atau rumah kayu. Ayah aku ni memang pandai buat rumah.. hehehe...Mak aku lak, biasa aaa orang kampung mestilah jadi surirumah sepenuh masa....



Hari raya nanti masuklah hari lahir aku yang ke 35.. jadi aku akan dapat dua kad, Selamat Hari lahir dan juga Selamat Hari Raya... sempena hari lahir aku ni sapa yang nak belanja aa?? tapi takpa, hari raya mesti makan free.. hhuhuhuhu...



gambar aku kat mana lak aku letak nis.... jeng jeng jeng..... jap nak cari jap.... 1 ..... 2...... 3..... haaaahhh banyak pun dalam external HD ni...

Ni bukannya gambar masa aku lahir nis.... Ni gambar aku masa kat pejabat urusan Era Edar Marketing Sdn Bhd, Jitra, Kedah.. Masa ni aku nak interview Dr. Azizan (pengasas Era Edar).. bukannya dier nak interview aku, tp aku kena interview dier sebagai satu tugasan untuk paper English Communication (kalu tak silap aa nama paper tuh) dan paper ni lah satu2nya paper english aku yang aku dapat A..... tq guy..

Masa lahir aku takda gambar sebab masa tu kat kampung aku ni mungkin takda penduduknya yang ada kamera... paling awal aku bergambar masa buat IC kot..