26 Julai 2011

Trip Memancing Udang Sebelum Bercuti di Bulan Ramadhan

Salam semua... Lama gak pancing udang aku tak bertugas, so minggu lepas aku try test satu kawasan baru. Kebetulan bot dah sedia ada, aku hanya bawak enjin sajer. Lokasi sekitar kawasan sedut pasir berhampiran jambatan ke-2 Jalan Mak Lagam.

Sebelah bagi aku try area bawah jambatan dari tebing, dapat la 4 ekor. Tengahari aku ke lokasi yang dirancang. Percubaan pertama di kawasan berkayu di mana, banyak pokok kayu bukan setakat menyembah bumi tapi turut lemas di dalam sungai akibat aliran air yang deras pada musim tengkujuh tahun lepas. Banyak tarikan diperolehi, tp hasilnya banyak tali yang putus kerna tersangkut pada kayu-kayu di dalam air.

Kemudian aku berpindah ke kawasan teduh di bawah pokok sambil menanti matahari jatuh, nasib pun lebih kurang jer... banyak tali yang putus. Cuma di port baru ni ada la juga Jenggo yang berjaya dinaikkan. Selepas solat zohor di tebing sungai, udang mula kurang galak meratah umpan. Aku berpindah lagi, kembali ke kawasan berkayu. Udang tidak berhenti-henti menarik umpan, diselang seli antara udang yang dinaikkan atau tali yang diputuskan sehingga habis bekalan batu ladung. Hasilnya lebih kurang 1.5 kg udang berjaya dibawa pulang pada hari itu.....


Pada 20 Julai, bersamaan cuti Hari Keputeraan Sultan Terengganu, aku mencuba lagi lokasi yang sama, malang menimpa awal2 lagi apabila enjin gagal dihidupkan. Jadi aku berkayuh sekitar enjin penyedut pasir. Disebelah pagi, udang memang galak memakan umpan tp menjelang tengahari tiada lagi sambutan... nak berpindah... hehehe... takut tak larat nak berkayuh balik..... Hasilnya 10 ekor udang.