30 Mac 2008

EMIS Application Familiarization

Minggu lepas aku telah menghadiri kursus EMIS Application Familiarization. Banyak ilmu baru aku dapat dari kursus ni walaupun aku telah familiar dengan EMIS ni sejak zaman SMS (Sistem Maklumat Staf) lagi. tetapi memandangkan sudah beberapa tahun aku meninggalkannya kini terdapat versi baru yang lebih baik serta mempunyai lebih data yang perlu dimuatkan, aku rasa kursus ini lebih memberi keyakinan kepada ku untuk menguruskan data peringkat sekolah aku.

Semasa ucapan perasmian oleh puan atikah juga, ramai yang terkejut apabila puan atikah memaklumkan bahawa semua yang hadir itu bakal dinobatkan sebagai JU (Jurulatih Utama) bagi daerah masing-masing. Namun setelah habis semua slot, kelihatan kawan2 yang lain juga semakin suka dengan EMIS ini.

Aku lak dapat jumpa kawan lama.. che nah.. walaupun aku hampir tak cam... jangan marah ye..
Tetapi apa yang kureng sikit adalah pasal makan dan tempat tinggal. Makan kalu markah 10 boleh la aku bagi 3 markah jer. Nyamuk lak banyak, aircond tak berfungsi dengan baik, tilam empuk macam tidur atas batu jer rasanya.

Ada gak khabar2 angin kami akan dibayar elaun.. tapi aku dah dengar benda tu sejak sebelum EMIS diperkenalkan lagi..

Sebelum balik aku ditawarkan untuk berkhidmat di Putrajaya... adus.. susah nak wat keputusan macam ni. Suka tu memang la suka tapi banyak mende kena fikir lagi... so aku tak dapat buat keputusan.. berserah sahaja.. kalu diterima aku pergi.. kalu tak buat senyap dah ler