Hello World! ~ SuhaimiMd

09 Oktober 2007

Hello World!

Setelah lama menulis untuk blog sebagai salah satu daripada tugas rasmi, kini tiba masanya aku menulis untuk diri sendiri la pulak. Apa yang akan aku tulis di sini adalah hanya merupakan catatan dalam hidup aku.



Tapi, dari mana aku nak mula yer? Apa kata kalu dimulakan dari hari lahir aku .. :)



Aku dilahirkan sebagai seorang anak desa di sebuah rumah kecil di negeri Terengganu kira-kira 35 tahun yang lalu. Ayah aku pada masa tu bekerja sebagai seorang tukang rumah atau dengan kata lain, tukang buat rumah. Masa tu jarang orang rumah batu (rumah batu ni panggilan orang kampung bagi rumah yang dibina menggunakan batu bata, simen dan campuran-campuran lain.. hi2) Maka dengan sebab itu, ayah aku ni kerja buat rumah papan atau rumah kayu. Ayah aku ni memang pandai buat rumah.. hehehe...Mak aku lak, biasa aaa orang kampung mestilah jadi surirumah sepenuh masa....



Hari raya nanti masuklah hari lahir aku yang ke 35.. jadi aku akan dapat dua kad, Selamat Hari lahir dan juga Selamat Hari Raya... sempena hari lahir aku ni sapa yang nak belanja aa?? tapi takpa, hari raya mesti makan free.. hhuhuhuhu...



gambar aku kat mana lak aku letak nis.... jeng jeng jeng..... jap nak cari jap.... 1 ..... 2...... 3..... haaaahhh banyak pun dalam external HD ni...

Ni bukannya gambar masa aku lahir nis.... Ni gambar aku masa kat pejabat urusan Era Edar Marketing Sdn Bhd, Jitra, Kedah.. Masa ni aku nak interview Dr. Azizan (pengasas Era Edar).. bukannya dier nak interview aku, tp aku kena interview dier sebagai satu tugasan untuk paper English Communication (kalu tak silap aa nama paper tuh) dan paper ni lah satu2nya paper english aku yang aku dapat A..... tq guy..

Masa lahir aku takda gambar sebab masa tu kat kampung aku ni mungkin takda penduduknya yang ada kamera... paling awal aku bergambar masa buat IC kot..

Tiada ulasan: