Do while not end of cuti ~ SuhaimiMd

10 Oktober 2007

Do while not end of cuti

Esok cuti, so ari ni aku akan balik kampung. Pas kerje nanti aku akan balik ke kampung aku di Rhu Rendang, Marang, Terengganu. Seingat aku last aku balik masa kena gi pungut bebudak kat Hotel Sri Malaysia Marang ari tu. Aku bawak bebudak tu skali balik kat rumah aku ... sebenarnya bukan rumah aku tapi rumah abang aku. masa singgah tu lak anak sedara aku sorang tu cedera sikit, katanya kena tabung gas pemedih mata semasa kejadian di Batu Burok.

Hajat di hati aku nak berbuka di rumah abang aku, dan bertarawih si surau depan rumah, dan bersahur disitu. Mungkin bayar zakat sekali lah, sebab aku lum bayar zakat fitrah lagi. anda semua bagaimana? dah bayar? If tak dapat bayar zakat di kampung then, aku akan bayar di Kelantan la pulak :) end if.

So pepagi esok aku akan balik ke Kelantan untuk sambut raya di sana memandang aku sekarang ni yatim piatu.. :)

Planning nak gi mana, selalu balik Kelantan aku makan tidur jer sebab takde mende nak buat. Tapi oleh kerana cuti raya, aku ingat nak gi beraya umah kengkawan di Kubang Kerian. Dan tak lupa juga aku baru dapat satu kad jemputan kahwin Wan Mohd Raifuddin B Wan Man, pada 18 Oktober nanti di Lorong Berek 12, KB. InsyaAllah aku akan hadir.

Selamat Hari Raya kepada semua kengkawan yang mengenali diriku ini. Maaf Zahir Dan Batin.
Berhati-hati di jalanraya, kalu mati tak boleh beraya.


End of file.

Tiada ulasan: