Kursus ICTL Terengganu ~ SuhaimiMd

13 Jun 2008

Kursus ICTL Terengganu

Lama sungguh aku dop menulis dalam ruangan ini, malas gak rasanya.. tapi ari ni ari jumaat aku kena kursus ICTL lak di Demong Beach Resort, Bukit Keluang, Besut. Apa daa.. ari jumaat dan sabtu pun kena kursus, rugi cuti hujung minggu aku je. Nampak gayanya hari ahad kena cuti la, boleh cover balik cuti hujung minggu. huuhuhu

Ramai gak member-member UPSI dulu datang kursus kat sini.. bincang punya bincang rasanya boleh gak wat majlis reuinon pada cuti bulan 8 nis.. Ada cadangan buat kat air terjun lak di Terengganu.. dulu dah buat kat Pantai Melawi di Bachok, Kelantan..

Nampak gayanya kena planning memolek sikit ni kalu nak bagi jadi.

Pasal kursus ni biasa jer.. klik2 komputer jah, pastu kena bentang, makan tido..
3 hari kursus.. Naik balik berat badan aku macam nis..

Semalam terima sms mengatakan pak sedara kat keratong Pakcik Yatim telah meninggal dunia (al-fatihah) petang semalam. InsyaAllah aku mungkin gi melawat minggu depan.

Tiada ulasan: