Qurban dan Banjir
Salam Aidil Adha buat semua rakan.. Alhamdulillah cuaca semasa aidil adha agak cerah memudahkan urusan qurban setelah dua gelombang banjir melanda. Tahun ni, seperti tahun2 sebelum ni, aku balik beraya di KB. Oleh kerana aku balik 2-3 hari jer, dop dang nak berQSO di 9M4RDA, cuma kadang2 monitor sahaja. Lagi pun pada 30/11/2009 aku terpaksa ke rumah abang long di kg Wakaf Gelang, Tembila untuk membantu majlis Walimatul Urus anak sedara.
Sebelum kembali ke saltmine atas urusan mengawas peperiksaan SPM, sempat juga bersalaman dengan rakan di daratan sambil minum2.. Antaranya rakan lama sekuliah 9W2DTK-Cikgu Hise dan 9W2BPR-Cikgu Piji, 9W2ALI-Pok Ali, HS9***-Pok Loh dan 9M2CIO-Pok Din serta Cikgu Raja zamri.
Sepanjang perjalanan tidaklah terlalu sukar walaupun hujan sepanjang jalan dari Kota Bharu ke kemaman, kerana memang standard aku drive kurang 100km/j. Cuma terdapat satu kemalangan jalanraya di Chendering, terengganu berdekatan balai polis.
Dalam perjalanan pulang ke saltmine, sempat berQSO di 9M4RBJ bersama dengan 9W2KYA-Pok Ya, dan 9W2ZEE-Cikgu Zee dari SMK bukit Tunggal sebelum singgah sebentar di Kg Bukit Gasing untuk menghantar pesanan abg long. Sekali lagi aku QRX untuk menghantar pesanan di Kg Rhu Muda, dan aku terpaksa mengharung air banjir separas lutut ke rumah abg chik.
Bila sampai di Bandar Dungun, air melimpahi jalanraya, menyukarkan sedikit perjalanan. Pada masa yang sama aku monitor di repeater bauk mendengar rakan2 sibuk meninjau keadaan banjir untuk membantu seboleh mungkin.
Setiba di Kijal, aku melencong melalui Meraga Beris-Ibuk-Mak Chili terus ke Binjai, memandangkan rakan2 memaklumkan bahawa Jambatan Bukit Kuang, Kemaman yang dikategorikan oleh rakan2 sebagai "jambatan tersibuk didunia" tengah sum'b'at lemok sehingga ke kawasan lemang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan