Konvoi RAE 2009-2 ~ SuhaimiMd

18 Disember 2009

Konvoi RAE 2009-2

RAE 2009-2 menyaksikan lebih 630 calon telah hadir untuk menduduki peperiksaan di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Aku juga tidak ketinggalan berkonvoi bersama2 rakan lain dari seluruh Kelantan. Jam 7.15pagi aku dah pun menghidupkan enjin jalopy untuk mengambil Cikgu Hise (9W2DTK) di basenya di Kubang Kerian, kemudian kami sama2 bersarapan di Kedai Pohon Getah sebelum bertolak ke kawasan permulaan konvoi iaitu di perkarangan Stadium. Selepas mendaftarkan diri, aku mendapat nombor 41, terdapat lebih kurang 60 buah jentera semuanya.

Taklimat ringkas sebelum memulakan perjalanan

Penyampaian cenderahati kepada wakil PDRM

Selepas mendengar sedikit taklimat dari koordinator konvoi serta wakil PDRM, perjalanan dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim dengan diiringi oleh 3 orang anggota polis trafik bermotosikal sehingga ke Pachakan (sempadan Kelantan-Terengganu).Di Pachakan lebih 30buah jalopy sedang siap menunggu untuk bergabung. Di Pachakan, Cikgu Baktiar dan Cikgu Roshidi sdg menunggu dengan penuh debaran. Terkejut kerana melihat begitu ramai orang menghantar mereka untuk menghadapi peperiksaan. :)

Barisan peserta konvoi berhenti di Pachakan untuk bergabung

Dalam perjalanan kami semua berhenti sebentar di Pantai Penarik untuk rehat, lebih kurang 15 minit sebelum meneruskan perjalanan. Sampai di Pulau Wan Man, aku terus beredar ke rumah Cikgu Bahari, untuk makan tengahari. yum yum...... kemudian kembali ke Pulau Wan Man mendoakan kejayaan rakan2 dalam RAE2009-2. Aku berjaya merekrut seramai 7 anggota untuk mengambil RAE kali ini iaitu Cikgu Bahari, Cikgu Hasan, Cikgu Bakhtiar, Cikgu Roshidi, Cikgu Sabri, Black dan seorang lagi rakan, dan aku harap kelas persediaan RAE yang aku buat tidak akan sia2 dan lebih ramai rakan akan bersama2 menyertai kumpulan Ceneh Amateur Radio Stations(CARs). Sama2lah kita menunggu keputusannya bulan Mac nanti.


Di Pulau Wan Man sempatlah aku bersua muka dan bersalaman dengan 9w2SIK, 9w2TDM, 9w2BPR, 9W2BNG, 9w2AJQ serta ramai lagi dari lokalan Kuala Terengganu. Sebelum pulang ke Kota Bharu, sempat juga ber'eyeball' sekali lagi sambil menikmati air kelapa muda dan sotong celup te'pung berhampiran lapangan terbang kuala terengganu.

Bersama menikmati sotong celup te'pung

Tiada ulasan: