15 Ogos 2015

Catatan Perjalanan - Bintulu

Pada 6 Jun 2015 yang lalu kami sekeluarga telah bertandang ke Bintulu Sarawak. Tujuan utama nak hantar harmonic ke UPM Kampus Bintulu, sambil2 tu boleh aa jalan2 negeri orang.

Planning awal nak naik flight dari Kota Bharu terus ke KLIA kemudiannya ke Bintulu, tp over budget la pulak.. Apa taknya, satu family.

So kami berlepas dari Kota Bharu menggunakan pesawat Innova 2471 saje la balik ke base di SMK Cheneh Baru, Kemaman. Bermalam dulu di base selama dua malam sebelum bertolak ke rumah sedara di Semenyih. Bermalam lak kat situ satu malam, sempat juga la mandi di Kolam Air Panas kat area situ.

Lesen Kelas C

Trip kali ni mungkin menjadi trip terakhir di Pelabuhan Kuantan memandangkan pagar sedang giat dibina di sekitar padang pancing pelabuhan Kuantan ni. Seawal 7 pagi aku dah tiba di lokasi, namun rakanku Zul dari Balok lebih awal tiba.