Tukar tayar ~ SuhaimiMd

29 September 2009

Tukar tayar

Ari ni cukup 3 tahun 4 bulan aku guna Toyota Innova, tayar pun dah botak. So tadi petang aku gi tukar tayar di Quantam. Habis gak RM225X4+15...huhuuh. Bateri pun dah cam tak larat dah tu..kena tukar jugak la tuh... Adess.. bonus raya pun tak dapet, duit raya habissss.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik ada dua kemalangan, yang pertama masa pergi, kemalangan kereta dan motosikal di simpang semambu-jabor. Yang kedua masa balik, seorang pemandu mabuk terbabas dan tak mahu turun dari keretanya.

Hari gak aku sempat berQSO pendek dengan ban mawi 9w2awq dan abang jai 9w2jld di echolink dan aku lak nak ke kuantan. Kebetulan aku baru mengadap pc dengar ban mawi memanggil2 9w2cgm.. Jadi sempat bersalaman je la..

Tiada ulasan: